Leelou Blogs

Jumaat, 3 Februari 2012

...MaSa PaStI BeRbEzA...

Setelah melangkah ke tahun baru 2012...saya masih dengan satu impian iaitu..
~INGIN MEMPUNYAI KELUARGA SENDIRI~

Saya seorang isteri namun masih belum mempunyai cahaya mata...Bohong lah kalau saya katakan sy tidak ingin cahaya mata...100% hati sy mahukan anugerah tak ternilai dari Allah tu...Tapi apakan daya,perancangan Allah masih terlalu cantik untuk sy lupakan...Hati mana yang tak terasa bila melihat rakan2 di fb terutamanya gembira dgn anak2 yg sgt comel..tapi saya masih mampu tersenyum krn itu perancangan Allah buat mereka...Buat sy, sy sendiri tidak tahu perkara yg bakal berlaku...

Saya jugak ingin mencari tempat tinggal berasingan supaya sy dan suami boleh tinggal di rumah sendiri..Rancangan ini pun masih lg tidak menemui jln penyelesaian terbaik dan akhirnya...berpijak lah sy di bumi pangsapuri utarid ini bersama mentua sy...sy rasa tidak lah terlalu baik utk sy terus tinggal di sini kerana beban pasti akan bertambah memandangkan sy tidak bekerja buat masa ini...

Sebenarnya byk impian sy tertunda dan sy masih menunggu waktu untuk mencapainya...SABAR itulah kunci utama sy mampu bertahan sampai hari ini...Sy jugak byk menereko blog2 serta belajar dari pengalaman shbt2 yg mengalami nasib yg lebih teruk...jd sy ambil iktibar dari apa yg berlaku dan sy belajar utk terus bersabar,,,Tiada sedikit pun kerugian yg sy dpt dgn bersabar....

Teruslah ukirkan senyuman dalam hidup anda dan sentiasa percaya akan bantuan dari Allah tiada hentinya...Sentiasa ingat pada Dia walau dlm susah atau pun senang,pasti Dia juga mengingati kita...Akhir kata...redha dan sabar kunci pada segalanya...=)

p/s: tgh tgu suami utk pergi uptown...it is so nice to spend my day with him...Ya Allah..kekalkan kasih syg antara kami sehingga ke syurga abadi...=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.