
‘Ya Allah,berat ujianMu utk ku,berat lg ujian bg rasul2 Mu…aku mohon ya Allah..jdkan aku manusia yg tak pernah berputus asa dalam mengemudi hidupku,jdkan aku isteri yg tak pernah jemu mangasihi suamiku,jadikanlah aku anak yang tak lekang mendoakan ibu dan ayahku,jadikan aku saudara yang tak pernah menyimpan dendam dlm hati,serta jadikan aku sahabat yg sentiasa mendoakan kebaikan utk shbt2 nya…amin..ya Rabb….’
Usai solat,kusujud tanda syukur kerana masih diberi kesempatan sehari lagi utk menghirup udara di bumi Allah…air mata tanda syukur dan taubat masih bersisa..ku sapu perlahan…telekung ku tangglkan dan ku gantung pada ampai berdekatan…suami ku tersenyum melihat wajahku,ku menarik tgnnya dan kukucup syahdu…kulihat genangan air mata yg cuba di sembunyikan dariku..
‘Abang,ayg redha dgn takdir yg tersurat ini…’ hanya itu yg aku ungkapkan….
Ku tahu,suamiku sudah arif dgn takdir yg aku maksudkan..dia juga nampaknya sudah semakin tenang dan tabah hadapi dugaan..
Dia menarik tgnku dan mengucup dahiku..
‘Syg,abg tahu betapa kau cuba sembunyikan keperitan,betapa kau cuba rahsiakan kesakitan,namun syg tetap tak dpt menipu abg,abang tahu di sebalik senyuman manismu ttp abg rasa kepahitan nya,di sebalik kuat jiwamu abg ttp rasa lemahnya,dan disebalik redha dirimu,abg ttp rasakan kau sesali sgalanya…syg,ketahuilah,ikhlas itu yg lbh penting dlm jiwa insan spt kita..abg cuma mengharapkan syg ikhlas hadapi seglanya..blh kan syg…’ suamiku memujuk..halusnya hati seorang suami hingga dia mampu menafsir jauh ke dasar hatiku….
‘Maafkan syg abang….’hanya itu yg mampu aku ucapkan lantaran esakan ku mula berlagu…
Bila esakan ku reda,aku ajukan permintaan utk suamiku,
‘Abg,izinkan sekiranya ayg membuat permintaan terakhir darimu…’ suamiku mengangguk setuju…
‘Silakn sygku’
‘Abang,andai doktor mampu mengagak aku utk bertahan slama setahun,maka aku inginkan keizinan darimu,aku inginkan zuriat sbg tanda aku pernah hidup di bumi Allah ini bersamamu…bolehkah abg?’
‘Tapi syg,doktor tidak mengizinkan mu mengandung kerana risiko nya sgt tinggi syg…Allah juga tidak izinkan hambaNya memudaratkan diri sendiri..’
‘Ayg tahu,tapi doktor bkn siapa2,dia juga manusia spt kita,Cuma bezanya ilmu perubatan nya melebihi kita…ini sekadar permintaan terakhir,jika mampu abg tunaikan,alangkah indah dan tenang nya ayg pergi..jika tidak,ayg redha,sgalanya tlh Allah tetapkan di sana…’aku sekadar tersenyum hambar..
Sebulan berikutnya,ku rasa kelainan pd diriku,sakit ku semakin berkurang,tp badanku terasa lemah..aku berjumpa doktor yg merawatku…
‘Puan,berita baik utk puan dan suami..insyaAllah,kalian akan dikurniakan zuriat..namun berita buruknya,kita tak tahu kandungan ini mampu bertahan atau tidak lantaran kanser yg menyerang puan..Cuma setakat ini sel kanser itu seakan lemah dan tidak seaktif dulu..kita bimbang suatu masa nanti sel itu akan aktif dan menyerang dgn lebih teruk..ini memberi risiko yg sgt tinggi pd puan dan kandungan puan..’
Aku dan suami pulang ke rumah, perbincangan dgn doktor tlh menemukan kesepakatan aku dan suami utk terus bertahan,suami seakan sedikit terpaksa utk mengizinkan aku mengandungkan zuriat kami kerana risiko yg bakal aku hadapi agak tinggi,namun aku ttp tenang,aku gembira tidak terkata.aku tidak fikirkan lagi ujian yg Allah berikan ini,Cuma yang aku fikirkan aku bakal menjadi seorang ibu…
‘abg,terima kasih…’ hanya itu yg aku ucapkan kerana terlalu bahagia…
Sembilan bulan telah berlalu, aku menghitung hari utk melahirkan..tiap2 hari yg aku lalui selama Sembilan bulan tak pernah aku lalaikan dari memuji Ilahi…aku ingin tinggalkan bekalan yg bgku sgt sedikit utk zuriatku..namun aku ttp berusaha. Sepanjang tmpoh tersebut kesakitan yg aku lalui sntiasa aku sembunyikan dari penglihatan suamiku..aku tidak mahu dia menukar fikiran utk mengizinkan aku melahirkan zuriat kami.. waktu2 lapang pasti aku akan berbicara dgn kandunganku,aku pasti anakku mendengar apa yang aku sampaikan pdnya…
Akhirnya waktu yg ditunggu tlh tiba,kesakitan utk melahirkan ku rasa amat memeritkan…pd tanggal 26 september,tepat jam 6 pg aku selamat melahirkan seorang puteri..aku gembira tak terkata.ku sempat mengucup pipi montel puteriku sblm aku terlena kerana keletihan…
Bila ku mencelik mata,suamiku berada di sisi bersama anak kami.. dia menghadiahkan senyuman utkku.
‘Terima kasih syg,kerana menghadiahkan abg penyambung kasih kita’ lantas dia mengucup dahiku…
Aku sekadar tersenyum..ku lihat wajah tenang zuriatku..ku rasakan seperti kesakitan yg aku alami hilang sekelip mata. Alangkah tenangnya wajahmu wahai puteriku…
Selang dua bulan slepas itu,sakit ku mula menyerang kembali.. kurujuk ke hospital dan doktor mengesahkan aku di tahap kritikal..aku rasa lemah..hanya mampu terbaring di katil..suamiku menemaniku bersama zuriat kami..suamiku tak putus2 mengalunkan ayat2 suci utkku..si kecil seakan mengerti keperitan yang aku hadapi. Dia sekadar terbaring melihat aku dan suamiku..pandangan si kecil itu membuatku sayu..
‘Puteriku syg,mama mintak maaf,kerana mungkin waktu mama bersama mu terlalu singkat..tapi percayalah..mama terlalu sayangkan mu..namun Allah telah merencanakan sesuatu yg lebih baik utk kita,mama harap puteri mama tidak akan berhenti mendoakan mama sekalipun skrg kau masih tak mengerti apa2…mama mengharapkan anak solehah utk menyambung doa mama sekiranya waktu mama utk bersama mu dan abahmu tiada lagi..’
Keperitan yg kurasa tak dpt ditanggung lagi..dan akhirnya dunia jd gelap gelita….
‘Innalillahi wainna ilaihi rajiun..syg abg dan puteri kita redha kau mendahului kami utk bertemu pencipta..tenanglah kau di sana syg..abg memaafkan mu dan menghalalkan segala2nya syg..’
Puteri telah mencapai umur 12 tahun..dan dia mengerti segala2nya.. dia cukup matang dlm menghadapi hidup,seakan mewarisi mama nya yg telah tiada..
‘Puteri,suatu waktu dahulu,sewktu mama mengandungkanmu,mama mu telah mencatat satu warkah utkmu..mama pernah berpesan pd abah,utuskan warkah ini pdmu apabila kau sudah mengenal erti hidup dan mati. Abah rasa,mungkin telah sampai masanya abah menyampaikan warkah tersebut utkmu syg’
‘Baiklah abah.puteri telah bersedia’
Lalu sekeping kertas usang dihulurkan pd puteri. Dia berhati2 membuka warkah tersebut.
~WARKAH MAMA UNTUK BABY~
Assalamuaikum babyku….
Baby,mama tak sabar utk menatap wajahmu..terima kasih baby kerana baby sudi bg mama kandungkan baby,bwk ke mana2 selama sembilan bulan sepuluh hari,sehingga kesakitan yg mama alami hilang bila adanya baby dlm diri mama,terima kasih syg…baby,mama masih ,menghitung waktu utk bersama baby..mama tak sabar nak jg baby,mama x sabar nak tatap wajah tenang baby,mama gembira bila pertama kali mama rasa gerakan pertama baby dlm kndungn mama… …mama harap sgt,baby gembira dgr bila mama alunkan lagu indah dari kalam Allah utk baby,mama nak baby kenal pencipta,mama nak baby jd seorg yg menjaga adab pd org tua…mama nak baby slalu tak lupa utk buat kebaikan…
Baby,mama tak sbr nak bg baby rasa kasih syg mama utk baby,mama nak baby tahu betapa mama menunggu baby dlm hidup mama…mama nak suapkan baby,mama nak titiskan kasih syg mama dlm perut baby,mama nak baby kenyang dgn kasih syg mama yg tak berbelah bg utk baby..bila baby dah boleh merangkak,mama nak baby slalu cari mama,mama nak jd org pertama dlm hidup baby,mama tak kisah kalau org lain tak perlukan mama,tp bukan baby…bila baby dah pandai menyebut perkataan,mama nak perkataan pertama yg baby sbut adalah “mama”….boleh kan baby….apa pun yg jadi…mama ttp tgu baby,mama tak sabar nak syg baby..mama tak sabar nak peluk baby..mama tak sabar nak curahkan kasih syg mama pd baby…mama tak sbr nk tgu sgala2nya dari baby…
Tapi baby ketahuilah..segala yg mama impikan itu tak mungkin mampu mama kecapi,kerana Tuhan tlh mentakdirkan hidup mama mungkin tak lama..namun mama bersyukur baby,mama masih mampu utk menggalas baby ke mana saja yg mama mampu..terima kasih kerana tak banyak ragam dgn mama..baby seakan mengerti bahawa hidup mama dgn baby tak lama,baby tak pernah meragam..syukur mama dikurniakan baby..
Mama harap,bila mama tlh pergi selama2nya,baby jdlah penyambung bekalan mama..doakan mama sentiasa..mama menunggu baby dan abah di sana..smoga kita semua bertemu di syurga…jagalah abah spt mana dia menjaga mama dulu,jgn sedikit pun hati nya baby lukai..ingat pesan mama..mama tahu baby mama sgt istimewa..mama sygkan baby dan abah selamanya….
Wslm..
Kasih dari:
~mama~
Air mata puteri mengalir..namun tekad nya hanya satu, tak ingin bersedih malah perlu rasa cukup bangga mempunyai mama dan abah semulia mereka…
‘Mama,puteri akan ingat pesan mama..puteri akan sentiasa doakan kesejahteraan mama,dan puteri janji utk mewarisi kemuliaan hati mama……’bisik puteri setelah warkah itu dilipat kembali….
~nukilan tinta abadi: Annyss Amirah Amin~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.