PUTERI...bkn namaku..namun itulah watak ku..ku pegang amanah sebagai hamba Allah yg satu,sebagai puteri bongsu dalam keluargaku,juga sebagai suri di hati suamiku...dan insyaAllah..suatu hari nanti bakal ku pegang jua amanah sebagai ibu...
namun tahukah...di sebalik watak2 yang megah ku junjung ini,sering juga terselit duka tanpa kata, walaupun terkadang terselit ceria seribu rasa...Dia Maha Agung,Maha Mengetahui juga Maha Adil buatku...
pernah..suatu hari aku berduka..tanpa cinta manusia...namun Dia datang menyedarkan ku..cinta manusia itu sementara..walau pun kau junjung di langit ke tujuh,tetap tiada tara dgn cinta Tuhannya..
sesaat ku imbau kembali....
aku menangis hiba,bila terpaksa meninggalkan ibu demi cita2,namun ku rela walau terpaksa,akhirnya,aku akur dengan segala ketentuanNya..
air mata mengalir lagi,sewaktu aku di alam remaja yang masih belum kenal erti cinta,aku meletakkan harapan utk memiliki seorang jejaka..namun akhirnya cinta berkubur begitu saja..alangkah rugi dan jahilnya aku ketika itu,hanyut dibuai mimpi sehingga leka dengan cinta dunia...
sekarang...aku meratap lagi..bila berjauhan dgn suami..sedih,duka..namun ku sapu air mata..bukan ku sesali utk mempunyai sesuatu yg perlu aku sayangi..namun aku sesali,kenapa aku terlalu mengagungkan cinta manusia sehingga aku lupa Dia lah segalanya...
ibuku,keluargaku dan suamiku...aku tetap menyayangimu kerana cinta mu adalah anugerah dari Tuhan...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.