Leelou Blogs

Ahad, 26 September 2010

~HePi BeSdAy~

Alhamdulillah...hari ni aku genap berusia 22 tahun..waktu tu,aku baru selesai solat isyak, solat agak lewat sbb kat rumah, mentuaku buat open house. Then,tepat jam 12 mlm, mcm biasa la..bertubi-tubi mesej yg masuk dari sahabat2 yang tak pernah lupa hari kelahiranku. Namun aku rasa tak begitu teruja..sebab???suami sendiri tak ucapkan apa2 pun..aku masih berteleku di tempat solat..ku doakan kesejahteraan hidupku,suamiku..tak pernah kulupakan abang dlm doa2ku..tapi aku sedih..knp di hari bahagia ku abang tak ucapkan apa2..malahan dia asyik menonton tv di luar (mungkin tgk tv sbb aku duk dlm bilik,tak nampak apa yg dia buat)..tiba2 handphone abg berbunyi..aku ambik,aku tgk..reminder! tp bila aku tekan,hati sedikit terguris,yg tertulis kat situ, "azri kawen"..sangkaanku yg tertulis adalah besday aku...besday aku??then aku biarkan je handphone trus menyanyi irama yg aku tak berapa suka tu..sepuluh minit tunggu,abang masih tak masuk..apatah lg nak wish..handphone nye berbunyi lg..aku ambik,aku tekan...baru ku perasan..bila tekan postpone utk reminder 'azri kawen', ada satu lg reminder..'BESDAY SYG'....tp abg ttp lupa..tak wish pun..bkn aku mintak hadiah pun...2 minit pastu,abg masuk..aku tak pndg pun abg,sbb aku masih duduk atas sejadah..abg dtg dkt ngn aku,dia duduk sebelah aku..tp masih tak de tanda2 nak wish..atau dia mmg lupa...aku diam je..pndg dia pun tak..then abg ckp,'selamat hari lahir ayg'...abg cium pipi aku...aku pndg abg, terharu...rupa2nya dia ingat,tp saje je wat lmbat2...ish..geram btol! thanks to u my beloved husband...isterimu tak mintak ape2, cuma hadiahkan aku segunung kasih syg dan cintai aku sampai mati...aku syg kamu wahai suamiku..=)

~IZINKAN SEKALI CUMA~


‘Ya Allah,berat ujianMu utk ku,berat lg ujian bg rasul2 Mu…aku mohon ya Allah..jdkan aku manusia yg tak pernah berputus asa dalam mengemudi hidupku,jdkan aku isteri yg tak pernah jemu mangasihi suamiku,jadikanlah aku anak yang tak lekang mendoakan ibu dan ayahku,jadikan aku saudara yang tak pernah menyimpan dendam dlm hati,serta jadikan aku sahabat yg sentiasa mendoakan kebaikan utk shbt2 nya…amin..ya Rabb….’


Usai solat,kusujud tanda syukur kerana masih diberi kesempatan sehari lagi utk menghirup udara di bumi Allah…air mata tanda syukur dan taubat masih bersisa..ku sapu perlahan…telekung ku tangglkan dan ku gantung pada ampai berdekatan…suami ku tersenyum melihat wajahku,ku menarik tgnnya dan kukucup syahdu…kulihat genangan air mata yg cuba di sembunyikan dariku..


‘Abang,ayg redha dgn takdir yg tersurat ini…’ hanya itu yg aku ungkapkan….


Ku tahu,suamiku sudah arif dgn takdir yg aku maksudkan..dia juga nampaknya sudah semakin tenang dan tabah hadapi dugaan..
Dia menarik tgnku dan mengucup dahiku..


‘Syg,abg tahu betapa kau cuba sembunyikan keperitan,betapa kau cuba rahsiakan kesakitan,namun syg tetap tak dpt menipu abg,abang tahu di sebalik senyuman manismu ttp abg rasa kepahitan nya,di sebalik kuat jiwamu abg ttp rasa lemahnya,dan disebalik redha dirimu,abg ttp rasakan kau sesali sgalanya…syg,ketahuilah,ikhlas itu yg lbh penting dlm jiwa insan spt kita..abg cuma mengharapkan syg ikhlas hadapi seglanya..blh kan syg…’ suamiku memujuk..halusnya hati seorang suami hingga dia mampu menafsir jauh ke dasar hatiku….


‘Maafkan syg abang….’hanya itu yg mampu aku ucapkan lantaran esakan ku mula berlagu…

Bila esakan ku reda,aku ajukan permintaan utk suamiku,


‘Abg,izinkan sekiranya ayg membuat permintaan terakhir darimu…’ suamiku mengangguk setuju…


‘Silakn sygku’


‘Abang,andai doktor mampu mengagak aku utk bertahan slama setahun,maka aku inginkan keizinan darimu,aku inginkan zuriat sbg tanda aku pernah hidup di bumi Allah ini bersamamu…bolehkah abg?’


‘Tapi syg,doktor tidak mengizinkan mu mengandung kerana risiko nya sgt tinggi syg…Allah juga tidak izinkan hambaNya memudaratkan diri sendiri..’


‘Ayg tahu,tapi doktor bkn siapa2,dia juga manusia spt kita,Cuma bezanya ilmu perubatan nya melebihi kita…ini sekadar permintaan terakhir,jika mampu abg tunaikan,alangkah indah dan tenang nya ayg pergi..jika tidak,ayg redha,sgalanya tlh Allah tetapkan di sana…’aku sekadar tersenyum hambar..


Sebulan berikutnya,ku rasa kelainan pd diriku,sakit ku semakin berkurang,tp badanku terasa lemah..aku berjumpa doktor yg merawatku…


‘Puan,berita baik utk puan dan suami..insyaAllah,kalian akan dikurniakan zuriat..namun berita buruknya,kita tak tahu kandungan ini mampu bertahan atau tidak lantaran kanser yg menyerang puan..Cuma setakat ini sel kanser itu seakan lemah dan tidak seaktif dulu..kita bimbang suatu masa nanti sel itu akan aktif dan menyerang dgn lebih teruk..ini memberi risiko yg sgt tinggi pd puan dan kandungan puan..’


Aku dan suami pulang ke rumah, perbincangan dgn doktor tlh menemukan kesepakatan aku dan suami utk terus bertahan,suami seakan sedikit terpaksa utk mengizinkan aku mengandungkan zuriat kami kerana risiko yg bakal aku hadapi agak tinggi,namun aku ttp tenang,aku gembira tidak terkata.aku tidak fikirkan lagi ujian yg Allah berikan ini,Cuma yang aku fikirkan aku bakal menjadi seorang ibu…


‘abg,terima kasih…’ hanya itu yg aku ucapkan kerana terlalu bahagia…


Sembilan bulan telah berlalu, aku menghitung hari utk melahirkan..tiap2 hari yg aku lalui selama Sembilan bulan tak pernah aku lalaikan dari memuji Ilahi…aku ingin tinggalkan bekalan yg bgku sgt sedikit utk zuriatku..namun aku ttp berusaha. Sepanjang tmpoh tersebut kesakitan yg aku lalui sntiasa aku sembunyikan dari penglihatan suamiku..aku tidak mahu dia menukar fikiran utk mengizinkan aku melahirkan zuriat kami.. waktu2 lapang pasti aku akan berbicara dgn kandunganku,aku pasti anakku mendengar apa yang aku sampaikan pdnya…


Akhirnya waktu yg ditunggu tlh tiba,kesakitan utk melahirkan ku rasa amat memeritkan…pd tanggal 26 september,tepat jam 6 pg aku selamat melahirkan seorang puteri..aku gembira tak terkata.ku sempat mengucup pipi montel puteriku sblm aku terlena kerana keletihan…
Bila ku mencelik mata,suamiku berada di sisi bersama anak kami.. dia menghadiahkan senyuman utkku.


‘Terima kasih syg,kerana menghadiahkan abg penyambung kasih kita’ lantas dia mengucup dahiku…


Aku sekadar tersenyum..ku lihat wajah tenang zuriatku..ku rasakan seperti kesakitan yg aku alami hilang sekelip mata. Alangkah tenangnya wajahmu wahai puteriku…


Selang dua bulan slepas itu,sakit ku mula menyerang kembali.. kurujuk ke hospital dan doktor mengesahkan aku di tahap kritikal..aku rasa lemah..hanya mampu terbaring di katil..suamiku menemaniku bersama zuriat kami..suamiku tak putus2 mengalunkan ayat2 suci utkku..si kecil seakan mengerti keperitan yang aku hadapi. Dia sekadar terbaring melihat aku dan suamiku..pandangan si kecil itu membuatku sayu..


‘Puteriku syg,mama mintak maaf,kerana mungkin waktu mama bersama mu terlalu singkat..tapi percayalah..mama terlalu sayangkan mu..namun Allah telah merencanakan sesuatu yg lebih baik utk kita,mama harap puteri mama tidak akan berhenti mendoakan mama sekalipun skrg kau masih tak mengerti apa2…mama mengharapkan anak solehah utk menyambung doa mama sekiranya waktu mama utk bersama mu dan abahmu tiada lagi..’


Keperitan yg kurasa tak dpt ditanggung lagi..dan akhirnya dunia jd gelap gelita….


‘Innalillahi wainna ilaihi rajiun..syg abg dan puteri kita redha kau mendahului kami utk bertemu pencipta..tenanglah kau di sana syg..abg memaafkan mu dan menghalalkan segala2nya syg..’
Puteri telah mencapai umur 12 tahun..dan dia mengerti segala2nya.. dia cukup matang dlm menghadapi hidup,seakan mewarisi mama nya yg telah tiada..


‘Puteri,suatu waktu dahulu,sewktu mama mengandungkanmu,mama mu telah mencatat satu warkah utkmu..mama pernah berpesan pd abah,utuskan warkah ini pdmu apabila kau sudah mengenal erti hidup dan mati. Abah rasa,mungkin telah sampai masanya abah menyampaikan warkah tersebut utkmu syg’


‘Baiklah abah.puteri telah bersedia’


Lalu sekeping kertas usang dihulurkan pd puteri. Dia berhati2 membuka warkah tersebut.


~WARKAH MAMA UNTUK BABY~


Assalamuaikum babyku….
Baby,mama tak sabar utk menatap wajahmu..terima kasih baby kerana baby sudi bg mama kandungkan baby,bwk ke mana2 selama sembilan bulan sepuluh hari,sehingga kesakitan yg mama alami hilang bila adanya baby dlm diri mama,terima kasih syg…baby,mama masih ,menghitung waktu utk bersama baby..mama tak sabar nak jg baby,mama x sabar nak tatap wajah tenang baby,mama gembira bila pertama kali mama rasa gerakan pertama baby dlm kndungn mama… …mama harap sgt,baby gembira dgr bila mama alunkan lagu indah dari kalam Allah utk baby,mama nak baby kenal pencipta,mama nak baby jd seorg yg menjaga adab pd org tua…mama nak baby slalu tak lupa utk buat kebaikan…


Baby,mama tak sbr nak bg baby rasa kasih syg mama utk baby,mama nak baby tahu betapa mama menunggu baby dlm hidup mama…mama nak suapkan baby,mama nak titiskan kasih syg mama dlm perut baby,mama nak baby kenyang dgn kasih syg mama yg tak berbelah bg utk baby..bila baby dah boleh merangkak,mama nak baby slalu cari mama,mama nak jd org pertama dlm hidup baby,mama tak kisah kalau org lain tak perlukan mama,tp bukan baby…bila baby dah pandai menyebut perkataan,mama nak perkataan pertama yg baby sbut adalah “mama”….boleh kan baby….apa pun yg jadi…mama ttp tgu baby,mama tak sabar nak syg baby..mama tak sabar nak peluk baby..mama tak sabar nak curahkan kasih syg mama pd baby…mama tak sbr nk tgu sgala2nya dari baby…


Tapi baby ketahuilah..segala yg mama impikan itu tak mungkin mampu mama kecapi,kerana Tuhan tlh mentakdirkan hidup mama mungkin tak lama..namun mama bersyukur baby,mama masih mampu utk menggalas baby ke mana saja yg mama mampu..terima kasih kerana tak banyak ragam dgn mama..baby seakan mengerti bahawa hidup mama dgn baby tak lama,baby tak pernah meragam..syukur mama dikurniakan baby..


Mama harap,bila mama tlh pergi selama2nya,baby jdlah penyambung bekalan mama..doakan mama sentiasa..mama menunggu baby dan abah di sana..smoga kita semua bertemu di syurga…jagalah abah spt mana dia menjaga mama dulu,jgn sedikit pun hati nya baby lukai..ingat pesan mama..mama tahu baby mama sgt istimewa..mama sygkan baby dan abah selamanya….
Wslm..


Kasih dari:
~mama~


Air mata puteri mengalir..namun tekad nya hanya satu, tak ingin bersedih malah perlu rasa cukup bangga mempunyai mama dan abah semulia mereka…
‘Mama,puteri akan ingat pesan mama..puteri akan sentiasa doakan kesejahteraan mama,dan puteri janji utk mewarisi kemuliaan hati mama……’bisik puteri setelah warkah itu dilipat kembali….


~nukilan tinta abadi: Annyss Amirah Amin~

~HIKMAH SESUCI CINTA~

Permulaan segala kesenangan dan kebahagiaan adalah kesusahan dan kesakitan…ungkapan tersebut mmg benar..kdg2 setiap detik yg kite lalui dlm hidup ni lbh byk membawa kepahitan dan kesakitan walaupun hakikatnya kita tidak merancang utk menjadi begitu…contohnya soal cinta…ramai yg rasa cinta tu indah,ye,betul..tp kena la pndai menilai antara kaca dan permata..cinta Allah dan rasul adalah cinta yg pertama,kedua cinta ibu bapa dan keluarga dan selepas akad dilafazkan,akhirnya cinta suami menyusul dlm hidup sblm mencintai generasi seterusnya..insyaAllah…


Dulu,aku tak pernah nampak hikmah cinta tu sendiri,pertama,waktu zaman remaja,aku pernah mencintai seorang lelaki,yg boleh dikatakan sgt baik serta dikategorikan soleh…waktu tu,mmg syg dia sgt2..hehe..dia byk membantu,memberi dorongan,beri semangat dan byk menjadi pemangkin pd perubahan remaja mcm aku supaya jd solehah..byk la yg dia cuba btulkan apa yg salah pd diri aku..solat tahajud aku pun dia slalu ingatkan…sungguh indah waktu tu,sbb sgala2nya rasa diberkati..namun aku masih sedar yg cinta manusia tu x boleh melebihi kasih Allah..walaupun aku rasa dia sgt sesuai utk dijadikan psngn hidup,namun aku rasa aku tak layak menjadi suri nya..tp dia slalu la ckp,layak ke tak bkn urusan manusia,tp urusan Allah..aku ms tu mmg giler2 dibuai cinta kat dia..syg sgt2 sbb dia baik sgt…tp dia mgkin ramai peminat..ye la,org macam dia tu layak utk wanita yg lbh solehah…akhirnya,aku tinggalkan rasa cinta ni walaupun rasa syg masih berbaki..kata org,undurkan diri,tp masih berdoa utk bersama dia..tp aku silap,ms tu dia tak pernah doa pun utk bersama aku,dia doa aku jd solehah,doa utk aku dpt psngan soleh..tp dlm doa dia xde dia sbut nak hidup bersama aku..then,aku rasa lebih baik aku undurkan diri daripada tersua2 cm tu kan..so aku teruskan hidup cam biasa…



Cinta kedua plak dtg..yg ni agak rumit,bertentangan dgn yg pertama..segala2nya bertentangan la…sifat,amalan,dan lain2..tp dari segi perasaan mmg dia master..akhirnya,aku tekad utk bersama dia sbb ngn yang pertama tu dia tak pernah isytiharkan utk bersama aku,jd aku ambik kptsn mudah,bersama ngn yg kedua…last2..cinta yg bersulam terburai sebab benang tak cukup kuat..so,putus cm tu…wlaupun masih syg,tp terpaksa tinggalkan,sbb td aku ckp,cinta kuarga yg kedua dan cinta suami yg ketiga,,so antara dia dan kuarga,carta yg lbh tinggi mestilah kuarga,akhirnya terputus demi kepentingan semua pihak…(cerita di sebaliknya tak boleh didetailkan atas sbb tertentu)



Then,cinta ketiga adalah suami..waktu mula2 jumpa mcm dah dpt rasa dialah org nya,tp ms tu sgt la kurang keyakinan..hehe..mula2 kenal dia mmg betul2 berusaha nak pikat hati aku,tp aku ni kan pernah frust,jd agak mls dah nak pikir soal cinta lg..dia plak slalu ckp,skali dia pilih,dia tak kan pilih yg lain dah..tekadnya mmg menyeramkan aku..hehe..ye lah,blum kenal sgt da ckp mcm tu, disebabkn dia tu satu skolah ngn aku dulu,jd aku beranikan diri sbb aku percaya produk kelahiran bumi waqafan ni lain dari yg lain…so aku percaya la…lgpun dia ckp dlm doa dia slalu mintak nk jdkan aku sbg suri hidupnya..walaupun waktu tu msih teringat yg pertama,tp akhirnya,tuhan tunjuk jgk,di sebalik kebaikan yg pertama tu,ada kelemahan yg tak dpt aku terima…so,dgn senang hati aku boleh lupakan dia..ms tu baru aku sedar hikmah di sebalik ape yg terjadi..bkn nak buruk2kan yg pertama,tp nak tekankan,betapa Allah pelihara kasih syg yg berkat,iaitu kasih syg suami isteri,Allah tnjukkan kelemahan supaya cinta yg bertapak pd org yg tak sepatutnya boleh kita singkirkan tnpa rasa ragu..Allah nak kita sbg isteri btul2 syg suami dan letakkan hanya suami yg ptt dikasihi..itulah hikmah yg akhirnya aku temui juga..akhiran hidup ini,ku mohon..agar hidup aku sentiasa diberkati,diredhai dan yg plg menjadi doa ku,ingin menjadi seorg ibu suatu ms yg Engkau tetapkan nanti..mudah2an doa aku dikabulkan oleh Mu..amin..=)

Selasa, 6 Julai 2010

Rahsia Memimpin Wanita

Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya. Justeru itu, untuk menghadapi dan memimpin mereka agar tunduk kepada Allah swt, maka kaum lelaki hendaklah bermain dengan perasaan mereka sebanyak yang mungkin.

Jenis-jenis perasaan yang ada pada wanita amatlah banyak, antaranya perasaan marah, dendam, rasa malu, jemu, kecewa dan banyak lagi. Perasaan-perasaan ini boleh digunakan untuk kepentingan agama, dunia dan akhirat.

Bahasa samada dalam lisan atau tulisan adalah alat bagi membangkitkan rasa bagi setiap perasaan di dalam dada wanita. Dalam memimpin kaum wanita, kaum lelaki hendaklah cekap menggunakan daya fikir untuk mengolah bahasa dengan lidah yang petah supaya tercetus apa sahaja perasaan yang dikehendaki dalam hati perempuan.

Sekiranya lelaki inginkan perasaan kasih dan sayang berbunga dalam dada mereka, maka bawalah cerita-cerita kasih mesra dengan kata-kata hukamak (hikmah) mengenai kasih sayang. Sekiranya lelaki mahu perasaan rindu bertapak di hati mereka, maka bawalah kisah-kisah rindu dengan kata-kata yang berunsur kerinduan. Jikalau hendak membangkitkan rasa marah mereka, itu amatlah mudah kerana semua orang tahu caranya.

Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.

Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt.

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kebaikan karena dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, karena rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan .

LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI

Petua untuk dimurahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang

Isnin, 5 Julai 2010

~MaTLaMaT TiDaK MeNgHaLaLkAn CaRa~

selalu,digembar gemburkan matlamat tidak menghalalkan cara..dulu memang ana tak faham tentang maksud ungkapan ini,namun akhirnya ana faham...contohnya, mencuri untuk bersedekah atau membantu org susah..matlamat sudah betul..tetapi cara nye utk mendapatkan bantuan utk disedekahkan adalah salah...jadi tepat lah apa yang diperkatakan...

Sabtu, 3 Julai 2010

anything...=)

Saya tak nak awak sayang saya sbb rupa,nanti bila saya da tak cantik,awak akan tinggalkan saya,saya tak nak awak rindu saya sbb suara sy,nanti bila saya dah xde,awak dah x boleh dgr suara saya,awak akan lupakan saya,saya tak nak awak suka sy sbb ilmu saya,nanti bila sy buntu,awak cakap sy jahil,awak hilang percaya,saya nak awak sayang,rindu dan suka sy sbb diri sy..terimalah diri saya seadanya pd awak..=)