Hari ni ada sesuatu yang ingin dikongsikan..iaitu tentang ‘How to teach and learn’ atau dalam bahasa kita, bagaimana untuk mengajar dan belajar…saya mungkin insan biasa yang masih belajar, namun adakalanya saya ada sesuatu yang boleh dikongsikan bersama anda semua…
Pertama:
Cara mengajar dan mendidik anak-anak kecil….Sungguhpun jika dinilai dari mata kasar, saya bukanlah yang selayaknya berbicara tentang didikan anak-anak memandangkan saya sendiri belum menjadi ibu. Namun jika dihalusi, dan apabila banyak memerhati sekeliling, segalanya mampu kita ambil iktibar dan satu ilmu yang tak mungkin nampak dengan mata kasar melainkan dinilai dengan ketulusan hati…
Mendidik anak-anak kecil bukanlah perkara mudah namun apa yang dapat saya tekankan adalah besarnya peranan seorang pendidik iaitu ibu dan bapa kerana anak-anak seperti kain putih yang perlu dicorakkan mengikut ibu bapa itu sendiri. Anak-anak sebenarnya mempunyai jiwa yang akan mengikut apa sahaja yang berlaku di sekelilingnya…
Oleh itu, antara elemen-elemen yang perlu dititikberatkan dalam mendidik anak-anak adalah:
1. Suasana
Suasana aman dan damai akan menjadikan jiwa anak-anak tenang dan damai…jiwa anak-anak akan terlalu dipengaruhi oleh suasana yang dipertontonkan dalam kehidupan sehariannya. Sebagai contoh, sekiranya anak-anak dididik dengan kekerasan dan kekasaran, maka hasilnya dia juga akan menjadi seperti itu…kita boleh relate kan situasi ini dengan satu situasi lain seperti kita membalingkan objek keras ke permukaan yang keras…pasti objek itu akan melantun kembali pada kita..andaikan objek keras itu sebagai apa yang kita berikan pada anak-anak,dan permukaan keras tersebut adalah anak-anak kita…nah! Anda sendiri boleh menilai, bagaimana perumpamaan ini boleh kita halusi dan buka minda kita untuk mendidik anak-anak… jika kekerasan yang diajar,maka keraslah ia…jika kelembutan yang diajar,maka lembutlah ia….anda yang menentukan sejauh mana anda mampu mendidik anak anda…
2. Pertuturan dan percakapan
Elemen pertuturan dalam sesebuah institusi rumah tangga juga menjadi tunjang tercoraknya generasi akan datang. Jika baik pertuturannya, maka baiklah hasilnya…anak-anak akan mengikut apa sahaja perkataan yang baru didengarinya, maka perdengarkanlah mereka dengan sesuatu yang baik dan boleh dicontohi…elakkan menggunakan perkataan yang tidak baik di depan anak-anak contohnya perkataan untuk menyumpah seranah. Itu sangat tidak sihat dan mampu merosakkan jiwa halus kanak-kanak. Perdengarkan sesuatu yang mampu menjadikan jiwa kita dan anak- anak tenang dan damai..halusi setiap tutur kata yang keluar dari mulut dan sentiasa menjaga tingkah laku terutamanya di depan anak-anak.
Sebelum mengakhiri sesi ini, ingin saya tegaskan bahawa, kebaikan itu datang dari Allah dan yang buruk itu telah disandarkan pada diri saya.. Saya sekadar berkongsi apa yang dirasakan perlu dan mudah-mudahan ilmu yang sedikit ini mampu saya dan anda semua praktikkan apabila tiba masanya…mungkin saya bukanlah yang selayaknya bercakap mengenai isu didikan namun apabila Allah membuka sedikit pintu hati agar berfikir dan menghalusi setiap ilmu yang diperolehi itu lebih baik kiranya dikongsikan walaupun sangat sedikit dan semoga penyampaian ini mampu meresap ke jiwa-jiwa kita yang dahagakan ilmu Allah ini…akhir kalam,semoga kebaikan itu milik saya, anda dan seluruhnya…=)